FILEM REVIEW: PENDEKAR BUJANG LAPOK
Layar P. Ramlee masih popular dikalangan rakyat
Malaysia walaupun telah banyak karya baru dan moden dihasilkan. Hanya
menggunakan layar hitam putih, filemnya digemari juga atas sebab mesej yang
ingin disampaikan. Saya memilih Pendekar Bujang Lapok, kisah filem komedi
berkisar persahabatan 3 orang sahabat yang ingin berlajar silat. Filem
buatannya walaupun menggunakan teknologi yang agak rendah yang sukar untuk
menghasilkan kesan yang menjadi tumpuan penonton, tetapi beliau mampu fikirkan
cara lain untuk menghiburkan hati setiap penonton filemnya. Pertama, memek muka
menjadi tumpuan utama penonton. Daripada memek muka, kita tahu ekspresi emosi
yang cuba disampaikan. Setiap babak yang dilakonkan, setiap pelakon akan membuat
eksperi muka bagi situasi yang dilalui dengan sepenuh hati. Kebanyakan filem
zaman moden kini gagal kerana ekspresi mukanya pudar, yang akan gagal memikat hati
penonton, hanya sekadar menggunakan komputer untuk mencari tumpuan. Dalam filem
ini juga, watak utamanya Ajis, Ramlee dan Sudin akan menyajikan penonton dengan
3 jenis perlawakan yang berbeza. Lawak yang disajikan memang nampak mudah, tapi
mampu memberi kesan yang kuat. Antara babak lawak lain yang saya minati ialah
ketika buah hati Aini, Ibrahim Pendek boleh keluar dari gambar untuk membantu
Aini, babak lain termasuk ketika mereka meminta maaf kepada anak Pak Mustar dan
ketika belajar di Sekolah Buta Huruf. Bukan mudah untuk menyampaikan sesuatu
perbuatan yang selalu kita lalui terutama didalam filem, dan disampaikan dalam
bentuk lawak. Segalanya harus lebih dari tindakan sebenar harian tetapi tidak
terlalu over react, barulah filem itu tampak hebat. Daripada filem ini, saya
sedar beberapa perkara. Antaranya sikap lelaki. Mereka mudah dalam mengatur
sesuatu kerana mereka berani. Mereka langsung tidak berfikir panjang untuk
penyelesaian masalah, sama ada apa yang mereka usahakan membantu ataupun tidak,
belakang cerita. Sepertimana mereka tidak reti membaca, mereka tidak risau,
bahkan mengambil mudah sahaja untuk kelemahan tersebut. Kadangkala ada
betulnya, kita perlu tahu kelemahan kita, tetapi tidak perlu terlalu risau akan
kelemahan tersebut, jika kita risau, perbaiki diri. Selain itu, kita perlu
mencari ilmu untuk berjaya di dunia dan akhirat. Jangan membazir masa, jika
kita Nampak peluang, capai peluang itu serta merta dan jayakannya dengan
sepenuh hati.
0 comments:
Post a Comment