Friday, December 19, 2014

MUNIRAH BINTI AHMAD HAMIZAN-A13KE0185-FOOD REVIEW

Stress dan makanan merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan lebih lebih lagi apabila anda seorang perempuan.  Perempuan yang mengalami stress gemar untuk mengurangkan masalah  dengan menikmati makanan selain tidur, bersenam dan sebagainya. Makanan yang merupakan sumber utama manusia untuk terus bertenaga dan meneruskan hidup juga merupakan satu kenikmatan bagi setiap manusia apatah lagi apabila makanan tersebut dikategorikan lazat atau sedap.
Setiap manusia diciptakan mempunyai deria rasa yang berbeza antara satu sama lain. Disebabkan itu, makanan yang dirasa oleh setiap manusia berbeza tahap-tahap kelazatannya.  Ada yang merasakan makanan di tempat ini sedap dan ada juga yang merasakan sebaliknya. Ada juga yang merasakan makanan yang lebih mahal adalah lebih sedap dan berkhasiat dan ada juga yang merasakan sebaliknya. Begitu juga saya. Sebagai seorang penuntut di Universiti Teknologi Malaysia(UTM) saya merasakan makanan yang paling digemari adalah di P19, Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Memandangkan saya merupakan pelajar jurusan Elektrik makanan di P19 ini merupakan pilihan utama untuk makan tengahari kerana tempatnya yang berdekatan dengan kelas dan makanan yang disediakan tidak kurang sedapnya. P19 ini bukan saja menerima pelanggan dari kalangan mahasiswa, pensyarah juga memlilih untuk menikmati makanan di sini.
Di spesifik kan lagi saya sangat mengemari Nasi lemak Ayam yang terdapat di P19. Sebagai seorang mahasiswi yang dilahirkan dengan cara kampung dan besederhana, Nasi Lemak Ayam ini amat saya gemari kerana rasa sambalnya yang sangat saya minati. Rasa sambal yang pedas dan manis amat saya sukai apabila dinikmati bersama nasi lemaknya. Selain daripada itu, kuantiti makanan yang dihidangkan sangat berbaloi dengan harganya yang bernilai RM3.50 sepinggan. Ayam dan kacang yang disediakan bersama nasi lemak tersebut juga sangat enak dan dimasak secukupnya.Selain itu juga, layanan yang diberikan oleh penjual nasi lemak ayam di P19 ini sangat ramah dan mesra membuatkan saya selesa untuk membeli makanan di sini. Layanan yang baik dan mesra bagi saya penting selain daripada rasa makanan yang enak. Memandangkan saya dilahirkan sebagai Islam yang mengajar saya makanan yang baik adalah apabila ianya disediakan oleh tukang masak yang berakhlak mulia. Mahal murah bagi saya bukan merupakan perkara utama tetapi cara makanan itu disediakan dan orang yang menyediakannya. Makanan yang disediakan oleh orang yang ikhlas dan baik adalah lebih baik kerana makanan yang dimakan akan menjadi  darah daging kita yang juga membantu mencerminkan akhlak dan peribadi kita.

Keadaan peniaga Nasi Lemak Ayam yang sentiasa senyum dan melayan saya dengan baik menyebabkan saya gemar untuk membeli makanan di sini. Tidak sah rasanya jika dalam seminggu saya tidak menikmati Nasi Lemak Ayam di p19 ini. Kebanyakan rakan-rakan saya juga turut meminati Nasi Lemak Ayam yang dijual disini. Pada pendapat saya yang juga pernah menikmati Nasi Lemak Ayam yang dijual ditempat lain di dalam UTM ini, nasi lemak Ayam di P19 inilah merupakan nasi lemak Ayam yang paling saya sukai. Bagi saya susah untuk menjumpai Nasi Lemak Ayam yang dijual dengan harga yang rendah dan mempunyai kuantiti yang banyak serta lazat dan dapat mengenyangkan. Nasi Lemak Ayam yang dijual disini pasti akan saya rindui suatu hari nanti apabila saya tidak lagi menuntut di UTM. Mungkin Nasi Lemak Ayam di P19 ini tidaklah sesedap nasi lemak ibu atau nasi lemak yang dijual diluar tetapi ingatan saya sepanjang menikmatinya di UTM pasti sukar untuk dilupakan.. J





0 comments:

Post a Comment