Song Review
Tajuk: Bad day – Daniel Powter
Bad day adalah sebuah lagu yang
berunsurkan music pop yang ditulis dan dinyanyikan oleh penyanyi Kanada, Daniel
Powter. Lagu ini telah dikeluarkan pada Januari 2005 yang lalu sebagai single
pertama dari album keduana dan mencapai peringkat pertama di Amerika Syarikat
dan Irlandia. Di AS, lagu ini menjadi single paling laris iaitu pada tahun 2006
dan peringkat di Billboard Magazine. Lagu ini menjadi sangat terkenal di
American Idol, iaitu setiap peserta yang tersingkir pada setiap minggu akan
diwajibkan untuk menyanyikan lagu ini. Walaupun lagu ini sudah terlalu lama,
sampai sekarang saya masih sering mendengarnya kerana saya mengkategorikan lagu
ini sebagai lagu sepanjang zaman kerana walaupun sudah terlalu banyak lagu-lagu
pada zaman sekarang tapi saya masih akan mendengarnya dikala saya kebosanan.
Lagu ini mengisahkan tentang seorang gadis yang kehilangan buah hatinya
sehingga dia tidak lagi menjadi popular seperti sebelumnya kerana pada hari
tersebut dia merasakan ada perubahan yang drastik atas kejadian yang berlaku.
Bagi saya, lagu ini bukan sahaja sedap didengar malah kadang-kadang dapat
memberikan semangat kepada saya jika saya berada dalam keadaan tidak teratur
atau sedih.
Food review
Nasi Goreng Kampung
Salah satu makanan kegemaran yang ingin
kongsikan bersama anda semua adalah nasi goreng kampung dari Scholar’s Inn
café. Sebenarnya, saya tidaklah begitu suka akan masakan Johor kerana bagi
saya, seorang yang sangat cerewet dalam memilih makanan lebih mengutamakan
makanan di negeri kelahiran saya sendiri iaitu Kedah. Walaupun nasi goreng
kampung ini bukanlah berasal daripada Johor tapi bagi saya nasi goreng ini lah
antara yang boleh memuaskan tekak saya. Tapi jika hendak dibandingkan, nasi
goreng kampung dari café ini dahulunya lebih sedap berbanding dengan sekarang.
Mungkin faktor pertukaran tukang masak atau sebagainya. Selalunya, saya akan
memesan telur mata untuk digandingkan dengan nasi goreng ini supaya ianya tidak
terasa sangat hambar. Harganya pula sangatlah murah dan berpatutan. Di
café-café lain sekitar UTM juga saya ada memesan nasi goreng kampung tapi saya
lebih selesa untuk makan di Scholar’s Inn kerana suasananya yang lebih selesa
dan berhampiran dengan kolej kediaman saya. Walaupun kadang-kadang baju yang
dipakai akan sedikit berbau busuk disebabkan oleh penebar roti canai yang
terletak berhampiran dengan meja pelanggan. Selain itu, layanan yang diberikan
juga okay sahaja walaupun kadang-kadang agak bengang kerana makanan yang
dipesan seringkali lambat sampai. Oleh kerana saya seorang yang tidak gemarkan
makanan pedas, nasi goreng kampung ini rasanya sangat sesuai dan menepati
citarasa saya. Makanan lain yang terdapat di Scholar’s Inn juga sangat sedapp
dan saya amat bersyukur kerana café ini terletak berhampiran dengan kolej
kediaman saya kerana amat mudah untuk saya pergi menjamu selera disana. Akhir
sekali, jemputlah ke Scholar’s Inn café J
Film
review
Tajuk
filem: Pendekar Bujang Lapok
Filem ini mengisahkan tiga orang sahabat baik
iaitu Ramli (P. Ramlee), Ajis (Aziz Sattar) dan Sudin (S. Shamsuddin) yang
ingin belajar silat dengan seorang guru silat yang bernama Pendekar Mustar
(Mustarjo). Mereka bertiga begitu kagum dengan kehandalan Pendekar Mustar yang
telah berjaya menewaskan dua orang pemuda di Pekan Penambang. Oleh kerana
mereka semuanya buta huruf, mereka tidak dapat membaca di mana letaknya Kampung
Pinang Sebatang iaitu tempat di mana terdapatnya rumah Pendekar Mustar.
Sehinggalah mereka mengekori seorang gadis yang bernama Ros (Rose Yatimah) yang
kebetulan adalah anak kepada Pendekar Mustar. Dari situlah pelbagai adegan yang
mencuit hati semasa mereka belajar silat dengan Pendekar Mustar. Semasa
pembelajaran itu, mereka disuruh bertapa antaranya kubur tempat orang mati
dibunuh, perigi buta yang telah ditinggalkan dan rumah usang yang tiada
penghuni. Mereka juga telah jatuh hati kepada Ros, tetapi Ros lebih suka kepada
Ramli. Antara babak-babak menarik dan lucu yang boleh saya kupaskan dari file
mini ialah adegan ketika Ramli, Ajis dan Sudin sampai ke Kampong Pinang
Sebatang untuk mencari rumah pendekar Mustar. Pada ketika ini, mereka bertiga
mengalami masalah untuk membaca papan tanda sehingga mencetusnya perbualan yang
amat melucukan. Seterusnya, adegan Kemat Hassan dan geng
penambang bercerita tentang penangan
Pendekar Mustar dan berselang seli dengan cerita Pak Mustar semasa makan
malam di mana
saya merasakan sangat menarik apabila mereka dilihat seperti saling membalas
percakapan walhal mereka berada di lain lokasi. Adegan yang terakhir yang ini
saya kupaskan ialah adegan di
rumah Pak Mustar dalam sesi suai kenal. Pak Mustar menanyakan kepada
mereka bertiga tentang pekerjaan mereka. Pelbagai jawapan yang diberikan oleh
mereka yang pastinya sangat merepek dan boleh menimbulkan rasa ingin ketawa. Akhir
kata, saya menyarankan semua untuk menonton filem ini kerana filem ini bukan
sahaja mempunyai banya unsur jenaka tetapi terdapat juga nilai-nilai murni dan
pengajaran yang baik untuk kita terapkan dalam kehidupan seharian kita.
by Nor 'Afifah Bt, Awang A13KE0203
0 comments:
Post a Comment