Friday, December 19, 2014

NOR ZAHIRAH ZAINOL (a13ke0202)- 3 ABDUL FILM REVIEW

terbitan : P-ramlee a.m.n

saya memilih filem dari pengarah dan terbitan pramlee a.m.n kerana filem ini mempunyai daya tarikan yang luar biasa dan tidak ditelan dek zaman. walaupun filem ini sudah bertahun lama tetapi filem ini masih ditayangkan dan mendapat sambutan oleh semua tidak mengira peringkat umur.watak  utamanya ialah sudah tentunya  allayarham tan sri p ramlee itu sendiri. Allayarham selaku pengarah,penerbit dan juga pelakon utama. Filem 3 Abdul ini kononnya berlaku di negeri isketambola bersebelahan isketambatu. saya pon tak tahu di mana. Di isketambola, terdapat seorang saudagar yang kaya raya iaitu ismet ulam raja dan mempunyai 3 orang anak lelaki, yang diberi nama abdul wahab,abdul wahib and abdul wahub. setiap orang mempunyai perangai yang berbeza, abdul wahab mempunyai hati yang buruk, manakala abdul wahib mempunyai sifat yang tamak, dan terakhir ialah abdul wahub mempunyai otak yang bijak. Tetapi ada seorang saudagar yang mempunyai niat tidak baik kepada keluarga ini, yang diberi nama saddiq segaraga,saudagar barangan purba. Dia mempunyai 3 orang anak perempuan dan menggunakan anak perempuannya sebagai senjata untuk membolot harta 3 abdul dengan mengahwinkan  ketiga-tiga anaknya dengan anak sudagar kaya itu selepas kematian tuan ismet ulam raja. Perkahwinan yang dijalankan bersyarat, iaitu “sesiapa yang marah akan dijual dan harta mereka akan dirampas”, Abdul wahab dan wahib terpedaya hanya Abdul Wahub tidak terpedaya kerana mempunyai otak yang pandai, dia juga mengenakan syarat “ jika bapak mertuanya marah, dia juga akan dijual”, dia membuat pelbagai rancangan untuk membuat saddiq  segaraga marah. Abdul Wahub seorang yang baik hati . Dia membuat semua rancangan adalah untuk memberi pengajaran kepada semua. Selepas dia mengumpulkan semula semua saudaranya , dia meminta maaf dan menyerahkan hartanya kepada abang-abangnya dan ayahanda mertuanya kembali.. saya perhatikan ramai yang menyukai filem arahan P-ramlee a.m.n  kerana filemnya semua mempunyai tarikan tersendiri dan mempunyai banyak iktibar . filem ini juga terdapat banyak unsur antaranya unsur kelakar, sedih dan  pengakhiran yang  gembira. Part yang kelakar ialah sewaktu dia membuat pelbagai cara untuk mengenakan bapa mertuanya, selain itu, mungkin kerana wataknya yang kelakar walaupun reaksi muka serius. Part yang sedih pula sewaktu, bapanya meninggal tidak menyebut namanya. so sad. kisah ini menghantar mesej agar kita tidak tamak, apatahlagi tamak harta, boleh menyebabkan hubungan silaturahim musnah, memberi pengajaran kepada wanita agar melayan suami dengan baik. Apabila menonton filem , jangan hanya tengok saja . yang buruk kita tinggalkan,yang baik jadikan iktibar .

 #trima kasih#thank you#syukron #gamsa-hamnida (korea)#xie-xie (mandarin)   :) ♥♥

0 comments:

Post a Comment