Friday, December 19, 2014

NOR ZAHIRAH BINTI ZAINOL A13KE0202- SONG REVIEW

song review- hijjaz belaian ibu
by : nor zahirah binti zainol  A13KE0202
saya menyukai  lagu ini kerana mempunyai   1001 makna di sebalik liriknya .jika dihayati dengan lebih mendalam liriknya sangat menyentuh hati dan jiwa kepada sesiapa yang menghayati. sudah 2 bulan  tidak pulang ke kedah , UTM di selatan manakala Rumah di Kedah ,utara. sebab tulah jarang balik kerana memakan masa perjalanan yang lama, terpaksa tahan rindu. Berbalik kepada tajuk lagu ini, belaian ibu. Belaian ibu sangat bermakna. Ibu seorang yang tabah dan cekal, seorang ibu sanggup mempertaruhkan nyawanya demi melahirkan seorang anak, Sakit melahirkan anak adalah di antara sakit yang paling sakit di dunia ini selain sakit sakaratul maut. Jika seorang ibu meninggal sewaktu melahirkan anak, dikategorikan sebagai syahid.  Selepas melahirkan, pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kedua ibu bapa kita tempuhi dalam membesarkan kita . Sebagai seorang anak, kita  wajiblah  menghargai  jasa  kedua ibu bapa kita , jadilah anak yang menurut perintah. Jangan sesekali meninggikan diri kepada mereka. Kerana  “setitis air mata ibu dan ayah  yang tertumpah akibat perbuatanmu , samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembus dadamu”. jagalah perasaan kedua-duanya seperti mana kita menjaga perasaan kita selagi mereka masih bernyawa.    J :D =) ♥ ♥ ♥



                    


0 comments:

Post a Comment