MUNIRAH BINTI AHMAD HAMIZAN-A13KE0185-FILM REVIEW
sudin,pendekar mustar,ajis dan pramlee
P.ramlee. Nama yang sudah tidak asing lagi di Malaysia
bahkan turut terkenal di layar antarabangsa. Merupakan seorang seniman negara
yang banyak menghasilkan karya perfileman yang mampu menyentuh hati manusia. Banyak filem yang dihasilkan beliau
mampu membuat saya bergelak ketawa tidak kurang juga memberi saya banyak
pengajaran yang berharga dalam menempuhi kehidupan. Selain itu juga,
filem-filem yang dihasilkan beliau banyak
memberikan saya gambaran tentang kehidupan nenek moyang kita suatu ketika
dahulu. Tidak hairanlah beliau digelar sebagai ‘Seniman Agung Negara’.
Begitu juga dengan salah satu filem beliau yang sangat
saya gemari iaitu Pendekar Bujang Lapok. Watak utama dalam cerita ini yang
terdiri daripada Sudin, Ajis dan Pramlee merupakan satu gabungan yang menarik
kerana perwatakan mereka yang lucu dan menarik. Tiga sahabat baik yang
mengharungi susah senang hidup bersama membuatkan saya sedar betapa pentingnya
sahabat dalam kehidupan. Didalam cerita ini juga mengandungi pelbagai peristiwa
yang mencuit hati. Antaranya adalah sewaktu tiga sahabat ini sedang menuntut
ilmu persilatan dengan Pendekar Mustar. Kehebatan Pendekar Mustar dalam
persilatan telah menarik hati mereka bertiga untuk menuntut ilmu tersebut.
Didalam cerita ini, Pendekar Mustar telah mengajar mereka bertiga ayat-ayat
mentera sebelum memulakan persilatan. Disebabkan mereka bertiga buta huruf,
pelbagai perkara lucu telah berlaku sewaktu mereka telah diminta menulis
ayat-ayat mentera. Selain itu, sewaktu mereka bertiga mula keluar pada malam
jumaat untuk mengasah ilmu dan mementang percubaan, terdapat pelbagai perkara
yang mencuit hati berlaku kepada mereka bertiga lebih-lebih lagi sewaktu Sudin
yang telah pergi ke rumah usang akhirnya telah lari ketakutan kerana
terkejutkan seekor kucing yang telah jatuh dari atap rumah tersebut. Daripada
peristiwa-peristiwa kelakar yang berlaku dalam cerita tersebut, saya amat
mengagumi P.Ramlee kerana mampu menghasilkan idea-idea menarik yang berlaku
dalam kehidupan seharian mereka. Perkara yang membuatkan saya tertarik dalam
cerita ini juga adalah apabila saya mendapati masyarakat Melayu telah mula
mencari ilmu pengetahuan apabila sudah wujud sekolah membaca yang terdiri
daripada pelbagai lapisan umur termasuklah mereka yang berumur 60 tahun keatas.
Melalui adegan cerita tersebut, saya menyedari bahawa masyarakat Melayu telah
cuba untuk membangun dan menyedari betapa pentingnya untuk tahu membaca.
Melalui cerita ini juga, saya mengetahui sebelum bahasa Melayu digunakan dalam
kehidupan seharian kita, bahasa jawi adalah bahasa yang mula digunakan dalam
akhbar-akhbar tempatan dan tulisan yang mula digunakan. Di dalam unsur lawak
cerita ini juga terdapat banyak pengajaran yang diselitkan untuk menyedarkan
masyarakat.
Di dalam cerita ini juga, diselitkan beberapa nyanyian
bagi menambahkan seri cerita ini. Lagu-lagu tersebut telah dicipta sendiri oleh
P.Ramlee dan dinyanyikan sendiri oleh beliau. Suaranya yang merdu sangat
menarik hati saya. Saya merasakan lagu yang dihasilkan oleh beliau masih lagi
diminati masyarakat sehingga kehari ini dan saya juga turut menantikan pencipta
muzik yang mampu untuk menghasilkan suatu lagu yang menarik dan diminati
pelbagai lapisan masyarakat seperti yang telah dibuktikan oleh P.Ramlee. Alunan
muzik yang dicipta oleh P.Ramlee di dalam cerita ini sangat menarik walaupun
jika didengar lirik lagunya hanyalah mudah,berulang dan kelakar.Di dalam
nyanyiannya juga terdapat kata-kata yang mencuit hati untuk menghiburkan kita.Kehebatan
cerita Pendekar Bujang Lapok ini telah terbukti apabila sehingga kehari ini,
cerita ini masih lagi disiarkan di televisyen untuk tatapan masyarakat pada
hari ini sekaligus menyedarkan kita bahawa suatu ketika dahulu, masyarakat kita
mampu menghasilkan suatu karya perfileman yang menarik dan tak luput dek zaman.
0 comments:
Post a Comment