Friday, December 19, 2014

MUNIRAH BINTI AHMAD HAMIZAN-A13KE0185-SONG REVIEW



‘Kadang-kadang perasaan dapat diluahkan melalui lagu’. Salah satu kata-kata yang selalu kita dengari. Saya juga bersetuju dengan kata-kata tersebut. Kadangkala, suatu perkara itu lebih mudah diekspresikan kepada seseorang melalui lagu. Bagi saya, lagu juga dapat mengurangkan tekanan dan mengubati hati yang sedih.  Di zaman yang semakin maju ini, pelbagai jenis muzik yang dapat kita dengari dari yang berirama sentimental hinggalah ke pop rock. Setiap manusia juga mempunyai rasa yang berbeza beza terhadap sesuatu lagu itu. Ada yang merasakan lagu tersebut sangat menarik untuk didengari tetapi ada juga yang merasakan lagu tersebut sangat sumbang dan ada juga yang merasakan lagu tersebut sangat bererti dan mendalam dalam hidup seseorang itu.
Bagi saya lagu yang paling saya gemari untuk masa ini adalah lagu nyanyian Katy Perry, Roar. Roar merupakan salah sebuah lagu yang keluar pada awal tahun 2014. Lagu ini telah dinyanyikan oleh seorang artis yang sangat dikenali seluruh dunia. Banyak lagu-lagu beliau yang digemari oleh masyarakat pada masa ini. Lagu ini sangat menarik hati saya kerana pertama, rentak lagunya yang rancak amat saya gemari. Apabila mendengar lagu ini membuatkan saya rasa bersemangat dan berani untuk menghadapi ujian yang berlaku dalam hidup. Rentaknya juga ceria dan berlainan daripada lagu-lagu yang pernah saya dengari suatu ketika dahulu. Irama-irama lagu yang rancak lebih saya sukai daripada yang berbentuk sentimental dan slow.
Kedua, saya menyukai lagu Roar ini adalah kerana liriknya yang banyak menaikkan semangat. Antara liriknya yang saya minati adalah, “I used to bite my tongue and hold my breath, scared to rock the boat and make a mess, so I sat quietly, agreed politely, I guess that I forgot I had a choice, I let you push me past the breaking point, I stood for nothing, so I feel for everything”  dan  “I got the eye of the tiger, a fighter, dancing through the fire, cause I am a champion and you’re gonna hear me roar, louder,louder than a lion.” Daripada lirik tersebut, menunjukkan bahawa seorang perempuan yang pada pandangan orang lain seorang yang lemah dan tidak mampu membuat apa-apa sebenarnya merupakan seorang yang kuat. Dari lirik kedua pula telah menunjukkan metafora dimana semangat dan kekuatan seorang perempuan itu lebih hebat dari seekor singa. Daripada lagu ini, membuktikan kepada diri saya bahawa perempuan bukanlah insan yang lemah tetapi sebenarnya mampu menjadi seorang yang hebat dan mampu menghadapi cabaran yang wujud dalam kehidupan. Daripada lirik yang saya dengari dalam lagu ini juga, semangat saya menjadi berkobar kobar. Disebabkan itu, saya suka mendengar lagu ini apabila berasa gemuruh untuk melakukan sesuatu kerana dengan mendengar lagu ini, saya mendapat sedikit keyakinan dan semangat untuk melakukan sesuatu dengan bersungguh sungguh dan berani.
Ketiga, saya meminati lagu ini adalah kerana video klip yang telah saya tonton dimana saya tertarik dengan keberanian seorang perempuan iaitu penyanyi itu sendiri yang mampu bertahan dan hidup di dalam hutan tanpa memerlukan bantuan lelaki. Bagi saya juga video klip tersebut sangat cantik dan menarik selari dengan irama muzik lagunya yang rancak dan seronok. Di dalam video klip tersebut terdapat juga unsur humor yang mampu menarik lagi perhatian saya untuk mendengarnya. Bagi saya lagu Roar ini dapat membantu saya sedikit sebanyak dalam mengharungi hidup saya di UTM ini. J
  

0 comments:

Post a Comment