Wednesday, December 24, 2014

SONG REVIEW NOR AISYAH BINTI ABD GHAFAR A13KE0198


Credited by : Nor Aisyah binti Abd Ghafar
Pilihan lagu : Do I Wanna Know?
Band : Arctic Monkeys
Tahun Dikeluarkan : June 2013

Lagu ini bertemakan kisah cinta. Genre lagu downtempo rock. Tarikan utama muzik latar ialah petikan gitar elektrik vox 12-string oleh vokalisnya, Alex Turner dalam lagu ini. Saya tertarik dengan cara muzik disampaikan, bukan kerana maksud liriknya. Susunan lirik yang agak kompleks menjadikan lagu ini unik dan sukar difahami dan didalami apabila dibaca. Walaupun liriknya agak sama isinya dengan lagu- lagu konflik cinta yang lain. Jalan penceritaannya lebih kepada pencerahan emosi. Nyanyiannya sukar diolah kerana susunan perkataan yang tidak bergantung kepada ton muzik. Ada satu bahagian didalam satu perkataan, temponya naik dan turun seolah-olah beliau menyebut perkataan yang berlainan. Susunan-susunan dan tempo ini, pada pendapat saya jarang ditemui didalam lagu-lagu yang lain. Maksud liriknya mudah sahaja, dan ia bukan tumpuan yang hebat dalam lagu ini. Hanya berkisarkan tentang penipuan di klimaks cinta dan persoalan yang akan berlaku didalam perhubungan tersebut. Klip video untuk lagu ini juga mudah. Animasinya dicipta oleh David Wilson dan agensi animasi Blinkink. Walaupun hanya animasi biasa tanpa teknologi 3D, tetapi klip video ini telah mencecah 106,112,090 klik sejak  tarikh dikeluarkan, Jun 18, 2013. Dan lagu ini juga merupakan pencapaian terbaik kumpulan Arctic Monkeys dengan beberapa pencapaian termasuk disenarai dalam Billboaurd Hot 100 di USA dan tersenarai di beberapa Negara Europe yang lain. Lagu ini sangat menggambarkan emosi semasa sesebuah konflik di tahap maksimum. Hanya dengan menyatakan perasaan, ia boleh diolah kepada sebuah lagu dan ia bukan senang untuk dibuat. Alunan music sampingannya sangat membantu dalam menyampaikan perasaannya, sekali dengar petikan gitarnya, lagu ini dapat dikenal pasti kandungannya. Saya juga syorkan beberapa lagu kumpulan ini yang lain seperti Baby Im Yours dan Mardi Bum.

0 comments:

Post a Comment