NASI GORENG SOTONG CILI PADI
Assalamualaikum dan salam sejahtera, review tentang makanan di sekitar UTM. saya memilih untuk membuat review tentang salah satu makanan kegemaran saya iaitu nasi goreng sotong cili padi di paklah cafe, scholar inn. Sebelum tu, saya nak bercerita tentang bagaimana saya boleh suka nasi goreng sotong kerana salah seorang kawan saya yang memperkenalkannya kepada saya tapi oleh sebab saya seorang yang memang menyukai makanan pedas, so saya mintak tambahan cili padi. kalau Dari segi harga memang agak mahal sikit bagi seorang pelajar tapi tidak la mahal sangat, harga satu hidangan RM 5.50. Salah satu faktor menyebabkan saya suka makan di situ kerana layanan baik dari pekerja di paklah cafe, scholar inn . waktu yang selalu saya dan kawan-kawan pergi makan masakan di sana salah satunya adalah selepas test . Bagi saya selepas bertungkus-lumus dalam belajar sebelum test semestinya lapar, oleh sebab itu selalu makan selepas test. So kepada sesiapa nak cuba makan boleh la pergi ke paklah cafe, scholar inn. kalau tak suka masakan pedas pesan nasi goreng sotong, kalau suka masakan pedas pesan nasi goreng sotong cili padi dan anda akan minum tiga gelas air kerana terlampau pedas. J♥
♥♥ terima kasih, xie xie , gamsa hamnida, arigato J ♥♥
by: nor zahirah bt zainol
A13Ke0202
0 comments:
Post a Comment