Wednesday, December 24, 2014

FOOD REVIEW; NASI PUTIH DAGING MERAH; NOR AISYAH BINTI ABD GHAFAR A13KE0198

FOOD REVIEW


Tajuk kali ini berkisar juadah pilihan saya di dalam UTM. Oleh kerana Johor boleh dikatakan negeri yang jarang saya kunjungi dan saya tidak kenal tradisinya, saya hanya memilih secara rambang makanan yang saya boleh dapati di sini tapi bukan di negeri saya. Walaupun saya merindui juadah kebiasaan saya yang tidak pernah saya jumpa di negeri ini, saya tetap berpuas hati dengan beberapa juadah di Johor. Disini, makanan kegemaran saya ialah nasi putih daging merah. Juadah ini boleh didapati di UTM malah hanya di Johor sahaja kerana di negeri lain cara penyajian kuah dagingnya seperti sambal ayam masak merah. Dan restoran paling terbaik dalam menyediakan juadah ini di UTM ialah Pak Lah Café. Harganya sedikit mahal, tetapi memadai dengan apa yang dihidangkan. Juadah sampingan kebiasaan ialah sambal belacan, timun dan sup. Tahap kepedasannya bole tahan juga lebih-lebih lagi jika dimakan dengan sambal belacan. Selalunya nasi putih daging merah ini diorder oleh mereka yang suka makan pedas. Nasi putih itu boleh ditukar dengan nasi goreng, tetapi jarang kerana selalunya nasi goreng yang dihidang bersama kurang sedap. Pada pendapat saya, dibandingkan daging sambal, masak merah daging ini lebih sedap rasanya. Kombinasi masin manis yang stabil, dan campuran sayuran seperti lobak, kobis bunga dan kacang pancang  menjadikan rasanya tidak membosankan dan lebih variasi. Apabila juadah ini dipesan, tidak perlu lagi ditambah lauk pauk yang lain, sesuai dengan jiwa pelajar yang suka berjimat. Nutrient daripada hidangan ini boleh dikatakan lengkap kerana ada sayur berfibre, protein didalam daging dan karbohidrat dari nasi putih. Harganya juga berpatutan iaitu lingkungan RM4 hingga RM5. Lagi sedap jika dimakan semasa sedang lepak bersama kawan-kawan diwaktu malam disampingkan dengan jus buah- buahan pilihan. 

0 comments:

Post a Comment